沙巴年议会第一届东教区议会 马来西亚基督教卫理公会沙巴年议会第一届东教区议会已于今年10月5日(星期六)约下午1点半,假沙巴拿笃卫理公会宣恩堂圆满举行。 该届东教区议会共有来自沙巴东教区的5间堂会及布道所的牧者和代表们参与,即山打根思恩堂、拿笃宣恩堂、斗湖圣恩堂、斗湖佳恩堂,以及山打根华美园布道所。此外,各执行会成员也出席作事工报告。 在开幕演词中,沙巴年议会会长许光福博士牧师透过罗马书12:1-8,提醒教会在时代不断变迁的洪流中,思维务必更新而变化,同时要更专注于呼召信徒们的主。在服事的事上要谨慎避免自大,不可看自己过于所当看的。但也不要过于自卑,总把『我不会,我不会……』轻挂嘴边。神的子民应当谦卑服事而不是自卑!许会长强调,在服事里弟兄姐妹们互相为肢体,每人应当殷勤不闲懒,按本份凭信心向上帝献上各自的恩赐。因为上帝的心意,不是一个人做完所有的事;上帝的心意,也不是所有人做同一件事;上帝的心意是各人按所得的恩赐,做当做的事! 除了配合年会及教区对内的福音事工,各牧区也积极回应上帝对祂子民对外福音事工的呼召,透过各种社会关怀和福音事工散播爱和福音的种子。一些牧区透过捐血运动、街头清洁活动、到菜市场和福利机构报佳音、校园激励讲座、各种联谊聚会活动等,向当地市民公众宣扬信望爱的讯息。在原住民事工一环,各牧区也积极在人力、物资财力和祷告上参与。 山打根或斗湖均需来回耗好几小时车程去到拿笃,聚集参加一年即将结束的东教区议会,是数算主恩的时刻,也是众牧区面对不足检讨弱点,向上祷告肯定自己,向前远瞻重新出发的时刻。诚愿如闭幕祷告的渴求,愿上帝悦纳祂子民在基督里的忠心和劳苦。阿门! Persidangan Paroki Timur Sidang Tahunan Sabah Kali Pertama Persidangan Paroki Timur Sidang Tahunan Sabah Gereja-gereja Methodist Malaysia Kali Pertama telah berjaya dilangsungkan pada 5hb Oktober (Hari Sabtu) tahun ini, kira-kira pukul 1.30pm, di Gereja Methodist Xuan En, Lahad Datu. Persidangan kali itu telah dihadiri oleh pendeta-pendeta dan wakil-wakil daripada 5 buah gereja dan pusat penginjilan Paroki Timur Sabah, iaitu Gereja Methodist Sy En Sandakan, Gereja Methodist Xuan En Lahad Datu, Gereja Methodist Holy Grace Tawau, Gereja Methodist Jia En Tawau dan Pusat Penginjilan Taman Mawar Sandakan. Selain itu, para ahli jawatankuasa paroki turut hadir untuk menyampaikan laporan masing-masing. Dalam ucapan perasmian, Presiden SAC Rev. Dr. Hii Kong Hock mengingatkan para gereja berdasarkan firman Tuhan dalam Roma 12:1-8, agar pemikiran sentiasa dapat terkemaskini dan tertransformasi dalam arus era perubahan, di samping fokus kepada Tuhan yang memanggil umatnya. Dalam soal pelayanan, perlulah berwaspada agar tidak ego, janganlah melihat dirinya lebih daripada yang sepatutnya. Namun, usah juga terlalu menghina diri sehingga asyik mengatakan bahawa dirinya “tidak pandai, tidak tahu…”. Umat Tuhan seharusnya rendah hati dan bukanlah hina kendiri! Presiden turut menegaskan bahawa saudara-saudari dalam pelayanan adalah saling menjadi anggota masing-masing, setiap orang perlu tekun dan tidak malas, seharusnya sumbangkan dengan tanggungjawab dan keyakinan mengikut anugerah Tuhan masing-masing. Hal ini kerana kehendak Tuhan, bukanlah mengehendaki seorang untuk melakukan segala-galanya; kehendak Tuhan, bukan juga mahukan semua orang melaksanakan perkara yang sama, tetapi keinginan Tuhan adalah mengharapkan setiap insan-Nya melakukan apa-apa yang sepatutnya berdasarkan anugerah masing-masing. Selain berusaha menyempurnakan pelayanan dalaman bagi rancangan SAC dan paroki, para gereja turut menyahut panggilan Tuhan, iaitu menbubuhkan benih penginjilan melalui pelbagai rancangan dan aktiviti terhadap golongan di sekitar luar gereja. Sesetengah gereja menyebarkan mesej yakin, harapan, kasih kepada masyarakat setempat melalui kempen derma darah, kempen pembersihan taman, nyanyian karoling di pasar dan institusi kebajikan, ceramah motivasi di sekolah-sekolah serta pelbagai aktiviti perayaan. Dalam aspek pelayanan bumiputera, para gereja turut sertakan diri dari segi tenaga, sumber kebendaan dan kewangan serta berdoa. Masa berjam-jam diperlukan oleh para wakil Sandakan dan Tawau pergi balik ke Lahad Datu untuk menghadiri persidangan yang menjelang pengakhiran tahun ini, merupakan satu-satu saatnya untuk menghitung restu Tuhan, dan turut bagi para gereja untuk menilai kekurangan dan membetulkan kelemahan, berdoa kepada Tuhan, di samping berpandang ke hadapan sambil mara ke depan. Diharapkan segalanya terealisasi seperti dalam doa penutupan persidangan, semoga Tuhan terimalah jasa dan sumbangan setia umat-Nya dalam Kristus. Amin! (陈嘉文报导/ Diwartakan oleh Chin Chia Vun) | |
0 Comments
Leave a Reply. |
卫理公会沙巴年议会
|