2019年沙巴国语教区议会顺利举行 基督教卫理公会国语教区议会于今天10月4日(星期五),上午10点25分在沙巴山打根思恩堂如期举行。该议会共由来自沙巴州境内,城市及内陆地区的11所国语布道所及布道中心的土著牧者和代表们参加。 卫理公会沙巴年议会会长,许光福博士透过圣经马可福音10:45勉励牧者们当效法主耶稣基督委身服事的榜样和心态。正如耶稣基督说:『因为人子来并不是要受人的服侍,乃是要服侍人,并且要舍命做多人的赎价。』身为上帝的忠仆,甚至要愿意预备牺牲,无论是时间、精力或个人安逸等。国语教区议会在许会长的带领祷告下正式开幕。 在Markus Sigar教区长的主持下,各牧者向众与会者汇报这一年来的服事轨迹、挑战和需要。2019年平均共有约七百名土著信徒参与崇拜,其中约250名为卫理公会正式会友。 为了帮助会友经济独立,一些郊区或偏内陆的牧区也积极帮助会友们推动农牧计划,例如Mangkalias布道所的养猪计划。此外,一些牧区在建堂事工上面对土地使用权事宜的问题也非常需要信徒们的关心代祷。会长也藉此忠告和提醒各国语牧区牧者和领袖们在处理一些的土地转让和建堂事宜上,务必谨慎处理,并必须确保所有文件透过正式的方式办妥,以免将来节外生枝,引发不必要的麻烦,影响福音事工。 议会于下午一点多结束。明年国语教区议会将于2020年10月2日举行。 Persidangan Paroki BM Gereja Methodist telah diadakan pada pukul 10.25 pagi hari ini, iaitu 4hb Oktober (Hari Jumaat) di Gereja Methodist Sy En Sandakan. Persidangan ini telah dihadiri oleh pendeta-pendeta dan wakil-wakil daripada 11 buah pusat penginjilan dari daerah bandar dan luar bandar di negeri Sabah. Dengan firman Tuhan, iaitu ayat Markus 10:45, Presiden SAC, Rev. Dr. Hii Kong Hock menasihati para hadirin agar berusaha mencontohi teladan dan sikap pelayanan Yesus Kristus. Seperti yang dikatakan oleh Tuhan Yesus bahawa: “Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.” Maka sebagai hamba setia Tuhan, haruslah rela berkorban, tak kira dari segi masa, tenaga ataupun keselesaan diri dan sebagainya. Persidangan Paroki BM dirasmikan dengan doa pimpinan oleh Presiden Hii Kong Hock. Dengan diketuai oleh Ketua Paroki BM, Rev. Markus Sigar, para pendeta menyampaikan detik-detik pelayanan sepanjang tahun ini, cabaran yang dihadapi dan keperluan masing-masing. Dalam tahun 2019, terdapat lebih kurang 700 orang jemaah telah mengikuti ibadah mingguan, antaranya lebih kurang 250 daripadanya merupakan ahli gereja Methodist yang sah. Demi menggalakkan jemaah dapat berdikari dari segi ekonomi, sesetengah gereja di kawasan luar bandar atau pedalaman turut membantu jemaahnya memulakan projek-projek pertanian dan penternakan, contohnya projek penternakan khinzir (babi) bagi Pusat Penginjilan Mangkalias. Selain itu, projek pembinaan gedung gereja sesetengah gereja yang sedang menghadapi masalah rumit dalam pengurusan pindah hak milik tanah turut memerlukan keprihatinan dan doa daripada para jemaah. Tuan Presiden turut mengambil kesempatan ini untuk menasihati dan mengingatkan para pendeta dan pemimpin gereja wajib cermat dalam hal-ehwal pengendalian tukar milik hak tanah, di mana segala dokumentasi mesti siap selesai dikendalikan secara rasmi agar mengelakkan masalah rumit tidak diingini daripada berlaku sehingga pelayanan penginjilan terganggu. Persidangan tamat pada pukul satu lebih petang. Persidangan Paroki BM tahun depan akan diadakan pada 2hb Oktober 2020. (陈嘉文报导/ Diwartakan oleh Chin Chia Vun) | |
0 Comments
Leave a Reply. |
卫理公会沙巴年议会
|